PRA SEJARAH X-Student SKLBK
- Alkisah betapa bertuahnya kitaorang bila salah seorang dari kami melontar kan idea untuk mengumpulkan semula rakan-rakan sekolah rendah dulu2...tak sangka aku ada yang sanggup berusaha dengan idea ini untuk mengumpulkan semula setelah diri kitaorang nak masuk ke umur 40 tahun...ye la kan..pastinya ini lah hidayah Allah swt. Alhamdulillah, setelah 2 minggu bertungkus lumus, akhirnya kitaorang berjaya mengumpulkan setakat yang ada seramai 35 orang. ada diantara kitaorang yang telah meninggal dunia.Alfatihah untuk meraka yang telah kembali ke rahmatullah, semoga kalian berada ditempat yang baik disisiNya. Kalian tetap dihati kami.Sesungguhnya,benarlah kata ahli ilmu, "didalam dunia ini tiada apa yang mustahil...segalanya pasti tercapai andai kita sanggup berusaha dengan sungguh2...". Dan sekarang ini, tidak beberapa lama lagi...setelah usaha pertemuan tidak rasmi dibuat sebanyak 2 kali...dengan buah pikiran beberapa ahli kitaorang...setelah perit jerit kitaorang...akan datang pertemuan kitaorang secara rasmi akan dilaksanakan...semoga apa yang kitaorang harap2kan berjalan dgn lancar dan baik,semoga segala yang kitaorang usahakan ini mendapat ganjaran Allah SWT kerana kitaorang buat re-union ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana semangat ukhuwwah dan untuk mencari keredhaan Allah SWT...Amin ya Rob!!